Assalammualaikum, alhamdullilah ini kali pertama kami kembali dengan rekaan selendang terkini setelah sekian lama tidak menjalankan projek membuat tudung. Insyallah selepas ini kami akan cuba menambah lebih banyak koleksi tudung yg direka khas oleh designer Nilam Boutique KL sendiri.
Untuk kali ini kami memperkenalkan selendang segera atau instant shawl, Lelasari. Lelasari ialah kombinasi tudung yang dicantumkan bersama selendang panjang, ia juga mempunya awning dari material chiffon. Jadi awning itu lebih bersifat melekap dan lembut dan bukan seperti awning biasa yang ada pengeras. Ada juga di antara koleksi kami kali ini yang awning, tudung dan selendangnya semua adalah berlainan warna, jadi akan terlihat seperti kita melilit berkali2 atau menggunakan lebih dari satu tudung untuk mendapatkan “effect” sedemikian, tapi alangkah bagus dengan tudung Nilam Boutique KL ini, cuma satu tudung sahaja yang digunakan. Magic kan?
Cara untuk memakai tudung ini adalah sangat mudah, kerana ianya sudah berjahit, cuma perlu sarung dan lilit sekali sahaja. Tidak perlu lilit berkali2 dan tudung ini lebih kemas terletak kerana ia sudah berjahit. Jadi tk ada masalah tudung yg dililit melorot tanpa disedari (pernah terjadi kepada saya :))
Tutorial untuk memakai tudung ini boleh didapati di blog ini dalam masa 1-2 hari lagi, perlukan sedikit masa utk “photo editing”. Tudung ini boleh dipakai berbagai cara mengikut kreativiti masing-masing. Merujuk kepada gambar2 yang kami sertakan di sini, gambar yang mempunyai 2 image didalam satu frame itu bermakna tudung itu boleh digayakan dengan cara viagra and female yang berlainan utk menyerlahkan lagi corak fabrik.
Tudung ini boleh dipakai bersama inner lekap atau inner awning, dua-dua pon boleh ok. Kami cuma menjual tudung/selendang sahaja, inner tidak termasuk. Details “instant shawl” ini adalah seperti di bawah
- Material : Chiffon/Satin (Plain/Printed)
- Size tudung/scarf yg disarung : Dari 31 cm ke 46 cm (lebar) , 66 cm (panjang termasuk awning)
- Size selendang panjang yang dicantum pada scarf : 1.25 meter (panjang) , 55 cm (lebar)
- Ukurlilit bukaan muka : 64 cm (Jika terlalu besar, boleh dilipat dibahagian tepi dan kemaskan dgn menggunakan brooch di bawah dagu utk mendapatkan size yg bersesuaian dengan muka)
Siapa yang sesuai memakai tudung2 ini? Tudung ini menggunakan peniti yang kurang jumlahnya dan utk sesetengah gaya, ada kalanya tidak perlu menggunakan peniti langsung (style selempang biasa atas bahu), jadi ianya sangat bagus utk wanita2 bekerja yang tidak mempunyai masa yg panjang diawal pagi utk bersiap ke pejabat, melilit tudung dan menata wajah mengambil masa yang agak lama. Dan juga sesuai utk remaja dan kaum ibu yang kebanyakkan memang sentiasa ingin cepat dan tetap mahu tampil anggun.
Harga sehelai Lelasari ialah RM78 dan harga pos laju bagi sehelai tudung ialah RM8 (untuk semenanjung) dan RM12 (Sabah/Sarawak), untuk Singapura dan Brunei sila hubungi kami untuk keterangan lebih lanjut. Dari segi warna pula, kami cuba yang terbaik utk mendapatkan “true color” ketika sesi photoshoot, tetapi ia juga adalah bergantung kepada penataan cahaya dan juga “setting computer” masing-masing.
Kami tidak ada sistem reservation/booking, jadi kami berpegang kepada siapa bayar dulu dia dapat ya Untuk membuat pembelian sila isi form di sini http://www.nilamboutique.com/blog/contact-us-2/
Stock : Available Order di sini http://www.nilamboutique.com/blog/contact-us-2/
Stock : Available Order di sini http://www.nilamboutique.com/blog/contact-us-2/
Stock : Available Order di sini http://www.nilamboutique.com/blog/contact-us-2/
Stock : Available Order di sini http://www.nilamboutique.com/blog/contact-us-2/
Stock : SOLD OUT
Stock : SOLD OUT
Stock : Available Order di sini http://www.nilamboutique.com/blog/contact-us-2/
Stock : Available Order di sini http://www.nilamboutique.com/blog/contact-us-2/
Stock : SOLD OUT
Stock : SOLD OUT
Stock : Available Order di sini http://www.nilamboutique.com/blog/contact-us-2/
Stock : Available Order di sini http://www.nilamboutique.com/blog/contact-us-2/
Stock : SOLD OUT
Stock : SOLD OUT
Stock : Available
Stock : SOLD OUT
Stock : SOLD OUT
Semua produk yang telah dibeli tidak diboleh di kembalikan, tidak boleh ditukar atau tidak boleh dikembalikan duit pembayaran, Semua pembelian adalah muktamad kecuali sekiranya penerangan kami adalah tidak bertepatan ataupun sekiranya barang yang sampai adalah rosak. Namun begitu, ingin dimaklumkan bahawa kami memeriksa satu persatu setiap tudung sebelum dibungkus dan tudung2 ini kesemuanya dijahit di rumah dan setakat ini bukan dari kilang. Oleh itu, kesemua tudung dipastikan didalam keadaan baik dan sempurna sebelum dihantar kepada pelanggan. Harap maklum.
Untuk membuat pembelian sila isi form di sini http://www.nilamboutique.com/blog/contact-us-2/