Assalammualaikum, alhamdullilah syukur sessi fotografi hujung minggu lepas berjalan lancar di Masjid Besi Putrajaya. Saya secara peribadi amat menyukai putrajaya kerana banyak bangunan2 yang cantik senibinaan dan amat mudah memilih lokasi utk pengambaran. Ok kali ni Lelasari muncul lagi dengan corak-corak dan warna-warna yang lebih menarik.
Utk keluaran kali ni, tudung Lelasari telah dipanjangkan lagi sebanyak 30 cm supaya lebih mudah buy viagra from canada digayakan dan lebih panjang untuk menutup bahagian dada. Selain itu utk Lelasari kali ini saya menggunakan 3 jenis kain yg berlainan utk setiap tudung jadi dan setiap 3 jenis kain ini adalah berlainan warna. Jadi tudung akan nampak lebih menarik dgn warna-warna yg menyegarkan. Selain itu fabrik utk Lelasari kali ini, saya menggunakan kombinasi fabrik chiffon yang kosong, bercorak dan yang mempunyai “texture” timbul. Sangat eklusif dan menawan hati
Lelasari adalah “instant shawl” di mana cara pemakaian adalah sangat mudah tidak perlu beria-ia melilit berkali-kali , Lelasari cuma perlu disarung dan dililit sekali sahaja. Tidak perlu menggunakan pin memadai cuma dgn 2 biji kerongsang sahaja. Tutorial untuk memakai shawl Lelasari boleh dilihat di sini.
Dalam kesibukkan mengambil gambar dan menguruskan model (gambar-gambar produk Nilam Boutique semuanya di ambil oleh saya sendiri), saya telah terlupa untuk mengambil gambar satu lagi design tudung Lelasari. Jadi kalau ada sesiapa berminat nnt boleh lah hubungi saya utk membeli, tudung itu berwarna purple dan hijau. Selendangnya bercorak bunga dan tudung ini satu-satunya mempunyai kilatan (glitter) di atas fabriknya. Kalau berminat saya boleh berikan gambar tidak rasmi menerusi email.
Harga tudung Lelasari kali ini ialah RM86 dan pos laju RM8 (flat rate). Boleh isi borang pembelian di sini.
Saya dahulukan ucapan terima kasih untuk setiap pembelian, dan teruslah memberi sokongan untuk butik tudung “online” saya ini.